BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 01, 2011

"Ada satu hari tu .."



Ada satu hari tu seingat saya dalam 2 minggu lepas kalau tak salah rasanya,
saya rasa betol-betol marah sampaikan perasaan saya punya marah tu kalau kata
saya tak dapat kawal lah masa tu memang boleh membawa kepada huru-hara dan
ancaman yang serius terhadap negara.Rasa-rasa ramai jugak anggota-
anggota keselamatan tak dapat bercuti seminggu dua.Menteri-menteri pun akan
jadi lebih sibuk daripada masa waktu mau dekat pilihan raya.Harga minyak mungkin akan tiba-tiba naik jadi rm80 seliter.Beras,daging ayam,atau senang cakap harga barang kawalan akan naik mendadak.silap-silap harga minyak gamat yang orang tak pernah terpikir boleh naik pun boleh naik secara tiba-tiba.Itu belum kira harga minyak sapi lagi.Celaka betol.Tapi nasib baik lah saya sempat berfikir secara rasional pada ketika itu.Kerana jikalau saya betul-betul menurut hati pada masa itu,nescaya akan terjadi lah perkara-perkara yang telah saya sebutkan
di atas sebentar tadi.

Ceritanya begini sebenarnya,pada setiap hari isnin dan rabu,saya ada
4 buah kelas.Memang macam ini lah kelas saya memang tidak akan berubah sampai lah naik tahun baru nanti.Rutin harian saya dimulakan seawal jam 8.30 pagi waktu tempatan sehingga lah jam 5 petang.Juga dalam waktu tempatan.Baik.Dan pada hari isnin tersebut,saya dijangkakan akan menjalani satu kuiz.Maka berusaha la saya dengan segigih mungkin untuk meraih markah yang baik di dalam kuiz tersebut.
Mana lah tau rezeki saya baik untuk kuiz kali yang ini.kuiz saya itu adalah pada 3.30 petang.Dan sebelum itu,saya mempunyai 1 kelas yang lain.Kelas yang ini lah yang menjadikan saya pemarah pada hari itu.

Oleh kerana saya akan menduduki kuiz pada petang itu,saya memutuskan untuk datang ke kelas jam 2 lambatsedikit tidak seperti mana biasa.Kerana jika seperti mana biasa,saya akan ke kelas lebih awal di mana belum sempat orang 'bang' zohor saya sudah berada betul-betul depan pintu kelas.kehkehkeh.Untuk hal yang ini,
terserah kepada budi bicara tuan-tuan sebagai pembaca untuk mempercayainya dan menilai sendiri sejauh mana kebenaran serta kesahihan cerita ini.Kerana bagi saya jawapannya amat mudah,pasal saya sendiri pun tak berapa peduli betol
pasal budi bicara tuan-tuan itu sebenarnya.Kalau nak tahu lah.


Baik,

sesampai sahaja saya di kelas tersebut dalam keadaan yang kelam kabut,mencungap-cungap,terpeluh-peluh,ketiak melekit basah tengok pun geli rasanya,kaki sakit naik bangunan yang berempat tingkat,alangkah terkejutnya diri saya apabila mendapati kelas tersebut betul-betul kosong tidak ada orang.Seperti telah ditinggalkan selama berpuluh-puluh tahun dia punya lama.Sungguh sunyi.betul-betul kosong tidak berpenghuni.Dalam banyak-banyak jenis kejutan yang pernah ada di bumi ini,inilah kejutan yang saya rasa sangat menyakit hati kalau dapat rasa jenis ini punya terkejut.kalau sekali kena,makan hari jugak dia punya rasa terkejut tersebut mau hilang.saya juga lantas menhubungi kawan sekelas saya untuk mendapatkan kepastian
berkenaan hal ini.Maka,benar lah firasat hati suci saya ini.Kelas batal.'Class cancel'.Apa celaka gua tak dapat ingat hari tak ada kelas??Opps,maaf.Saya lantas jadi pemarah.Sampai tak bercakap saya jadinya.

Nasib baik juga kuiz saya kelas selepas itu objektif 20 soalan.subjek membaca ni kalau ikut perkiraan saya mungkin tak berapa 'tricky'.Saya juga bernasib baik,mendapat markah yang agak 'sedap duduk'.Tidak sia-sia saya jeling cewek cun di sebelah.Rezeki depan mata.Kau tangkap saja la.Kehkehkeh.

Alkisahnya semalam,saya mengalami cerita yang serupa seperti di atas.Dalam seminggu dua ini,sudah 2 kali saya terkena.Dia punya rasa sakit hati,sampai hari ini saya masih teringat lagi.Eee..sungguh lah.memang tak boleh saya 'try' ingat balik.Meruap-ruap darah saya.Masa tengah menulis ni pun ada rasa pemarah lagi.Tak boleh la.Baiklah,Saya rasa cukuplah setakat ini dahulu.Orang tua-tua cakap,tidak baik cerita banyak-banyak,nanti terbukak pulak pekung di dada.Kehkehkeh.
Ini lah antara kenangan paling 'kick' yang pernah saya hadapi
beberapa bulan ini.Anda pula bagaimana?

P/s: kuiz gua hari tu memang gua buat sendirik.Pasal tengok cewek cun sebelah tu,gua tambah-tambah bagi sedap cerita.

0 Pemberontak: