BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 04, 2012

Pengalaman pahit saya


 gambar buat kenang-kenangan



Sudah mau masuk 4th year ni makin huru hara hidup aku.Ada saja yg tak kena.
Semua benda tak jadi.Satu-satu masalah datang sekarang.Sampai kadang-kadang aku pikir,bagus jadi
bangunan.Duduk saja situ.Takda apa masalah.Ada rosak,orang tolong
repair.Kaler lusuh,orang kasi cat baru.Cukup masa,kasi roboh ganti bangunan
baru.senang kan.tak perlu pikir apa-apa.Haha.

Dalam minggu lepas,aku pegi bilik kawan aku malam mau buat report kena hantar besok pagi.
4 jam baru siap.Mengantuk-ngantuk aku turun dari tingkat 4 terus parking.Aku sampai saja
tengok motor aku pecah,kemek-kemek,calar-calar,patah coverset.Ada orang langgar motor aku lepas tu
lari macam tu saja.Macam setan punya perangai.Aku round-round area situ tengok kereta-kereta
yang tengah parking,manatau ada kesan langgar.Aku tengok semua kereta dekat situ,kebanyakannya
ada bekas calar,lampu pecah,kemek sana-sini.Jadi aku tak boleh detect sapa yg langgar.
Tapi aku agak forener punya kerja.Dekat unibesiti aku,forener tak kisah la dari mana-mana
negara pun,perangai dorang memang macam setan sikit.Bawak laju tak kena tempat,
gostan laju,kalau menyembang,kau duduk 4 blok dari situ pun kau still boleh dengar dorang
becakap,pengotor,lepas tu kalau eksiden terang-terang salah dia,tak mau mengaku.

haha.


tu ja ak mau cakap.k la.bai.

Monday, July 23, 2012

masa depan


semalam aku bercerita sama satu kawan.kawan lama.cerita macam-macam.
pasal subjek yg kami pernah repeat sama-sama,masa depan dan macam-macam lagi.aku dengar saja.kawan aku kira macam best student even pernah repeat subjek sama aku dulu.haha.dia 'gifted'.jenis cepat dan senang belajar.dia berjaya dalam course yg dia ambil.bukan setakat pandai,
tapi dia aplikasi benda yg dia belajar utk dapat duit.

dia cerita dia plan mau ada studio muzik sendiri,sambung master lepas degree,bla bla bla.aku tengok dari cara dia sekarang,kemungkinan besar dia akan dapat apa dia mau.aku balik bilik semalam,aku temenung panjang,,aku tak tau apa,macam mana masa depan aku nanti.aku ada plan aku 
sendiri.tapi aku tak tau jadi atau tidak.

sekarang ramai orang tengok kejayaan seseorang dari
sudut begini.mesti ada degree,kerja stabil,ada kereta,rumah 
besar..tapi pada,aku aku tengok kejayaan orang itu dari sudut
macam mana dia boleh kongsi kejayaan dia untuk bri manfaat 
dan kebaikan pada orang lain.paham?pada aku,sepanjang kita
hidup ni kalau boleh biarlah memberi manfaat pada orang lain.
kongsi dengan orang lain.bila kau banyak ilmu,harta,bagi la 
orang lain rasa juga.

bila kau kaya,sedekah la sikit sama orang lain.harta tu bukan 
milik kau selama-lamanya.kalau betul milik kita,kenapa masa 
kita mati,kita tak bawak duit dalam kubur?guna untuk beli
air-con,tilam untuk kita mati nanti.atau kenapa tak
guna duit tu untuk 'bayar' tuhan supaya umur kita 
dipanjangkan lagi sampai bila-bila?kau nampak apa
aku cuba kasitau?

bila kau banyak ilmu,apa-apa ilmu,agama 
ka contohnya.kongsi la.sebarkan pada orang lain.
kalau rasa perlu,pergila masuk ke kawasan 
pedalaman tolong orang-orang islam di 
sana yg kawan aku pernah cerita ada jugak
yg sampai mengucap pun tidak tau.cuba
la gunakan apa saja ilmu,atau kepakaran yg 
kau ada untuk tolong orang lain 'hidup'.tak
rugi pun kongsi dan tolong orang lain.nanti 
tuhan akan tolong kau balik bila kau susah.
pertolongan tuhan ni bukan la semestinya macam
bila kau tolong orang tolak keretanya yg tengah
rosak atas hiway,tuhan akan balas balik macam
benda yg kau buat bila kereta tiba-tiba 
rosak.bukan begitu.jangan silap.

pertolongan dari tuhan tu boleh jadi datang dalam bentuk yg lain.
mungkin hari ni,kau tolong orang yg kemalangan,tolong hantar pegi hospital.
sapa tau,tuhan akan tolong kau pulak dengan cara kau langsung takda
kena satu penyakit pun sepanjang tahun even selesema.macam mana?
power kan? 

aku tengok kawan yg aku cerita di atas tadi begitu.dia memang suka betul
tolong orang.mungkin sebab itu,tuhan tolong dia balik dengan permudahkan
apa saja yg dia buat.style kan? 

Selamat berpuasa kawan-kawan.semoga amalan kita semua di terima.

Tuesday, July 17, 2012

Masalah lagi

Semalam suzuki hayabusa 120cc gua bikin masalah lagi.sedang gua enak-sedap melayan setiap corner yang terdapat di unibersiti ini,dengan tidak semena-mena,rantai gua tiba-tiba tidak dapat menjalankan tugas beliau sebagai rantai motor dengan baik.Bukan main marah lagi gua dengan beliau pada masa itu.Akan tetapi,memandangkan usia beliau yang telah 9 tahun akil baligh,gua maafkan.Gua faham,beliau tidak sengaja.


Dan hasilnya,rantai gua putus.Gear tidak boleh free dan insyaallah,esok gua pegi exam jalan kaki.



                                           


                  gambar sekadar untuk tenung-tenungan

Saturday, July 07, 2012

Mencuba nasib

Ok,mulai hari ini,ak akan try kasi kemaskini blog ini supaya tampak lebih bertenaga seperti dulu-dulu.Mintak maap la.da banyak kali ak cakap serupa ini.kan?Kali terakhir rasa-rasa tahun 2010.kehkehkeh.

Wednesday, May 16, 2012

"Ameno punya kerja"

Betul kan apa aku cakap?Aku tau benda ni memang sudah lama.kehkehkeh.kenapa tak bagi video full version??baru betul-betul 'true'. kehkehkeh..

Wednesday, April 18, 2012

Artis malaysia


Semalam aku buka paper metro 8 april 2012.Muka depan paper metro biasanya
mesti ada kes bapa liwat anak,anak dara di rogol oleh datuk m,lebih kurang
macam tu la tajuk-tajuk dia.Metro memang suka letak tajuk-tajuk
macam tu..Bukak lagi mesti ada berita pasal kerajaan.Bukak la mana-mana
paper pun,sama jugak.Muka surat ke-2 mesti pasal kerajaan.Lagi-lagi paper
utusan malaysia.Semua jenis kaki puji kerajaan.Kau tak percaya,kau pegi beli.
Itu la susahnya kalau kerajaan control media.Semua mau tunjuk yang baik saja.
Yang buruk tak mau.samada cerita tu tak di sentuh langsung atau diubah sikit
ceritanya supaya nampak baik sikit bila sudah kantoi.kan?


Aku bukak lagi,ada cerita pasal artis.Ada 1 cerita tu tajuk dia "kelab malam dan artis kita".Ada artis sorang tu bangga mengaku masuk kelab.Lepas tu bila wartawan
yang semangat sangat pasal artis malaysia ni tanya,nanti cakap tak semestinya masuk kelab tu orang dia jahat-jahat.Masuk pun nak jumpa kawan saja.
Aku jadi pelik.Banyak lagi tempat boleh jumpa,mau jugak jumpa di kelab.Kamon lah..
orang bodoh saja percaya benda macam tu.Aku bukak lagi ada cerita artis cium mulut
depan orang ramai.Aku menyampah mau bukak paper zaman sekarang.Aku tak minat langsung baca pasal kerajaan dan artis dalam mana-mana paper.Paling kuat pun aku baca pasal orang eksiden,sukan macam tu.

Pada aku,artis ni tak patut di jadikan idola.tak patut langsung.Aku tak paham
kenapa orang terlampau taksub bangga sangat dapat bergambar,rapat dengan artis.
Baju tak tutup aurat,pakai skirt,nampak dada besar,masuk kelab,
boleh jadi idola?kalau ikut apa yang ustaz aku ajar memang tak patut.
macam cerita ombak rindu yang sampai sekarang aku tak paham kenapa ramai sangat
orang suka sampai mau tengok banyak kali.Buat 'scene' atas katil pakai kain dengan
laki orang,lepas tu cakap alhamdulillah sudah berjaya buat 'scene' tu.WTF?





satu lagi aku tak tau kalau ada orang perasan ka tak pasal majalah mangga.
kenapa majalah tu boleh lepas dan boleh dijual dengan gambar-gambar artis
yang dah macam pelakon porno saja aku tengok.dan kadang-kadang bila aku pegi mana-
mana rumah mesti ada majalah mangga.aku taktau bapak mak budak ka yang baca atau
anak dia yang baca.kecik-kecik lagi lagi sudah di ajar benda-benda macam tu.
kalau kau kau kau yang tengah baca blog aku ni bila sudah ada anak nanti tolong lah
jangan ajar anak bagi baca dan beli majalah mangga.aku memang betol-betol tak paham untuk apa majalah tu wujud.memang mau bagi ajar orang-orang melayu ni gersang ka?tengok gambar buat modal onani?tak pelik ka? kalau kau perati betol-betol setiap artis dalam artis majalah tu mesti pakai skirt ketat,singkat,baju ketat,supaya dada dia nampak besar dan mau bagi nampak tengah-tengah tu.aku taktau apa orang paggil tempat tu.haha.kalau lelaki,mesti bergambar tepi 'swimming pool' tak pakai baju,berseluar pendek,basah-basah.macam sial.tu la..menteri-menteri semua sibuk sangat politik sana-sini sampai benda depan mata macam ni tak nampak.



aku tak minat tengok budak-budak akademi fantasia.budak-budak muda yang taksub mau
jadi popular.pelik kan tengok budak-budak muda sampai menangis-nangis tak dapat
masuk,sampai aku pernah tengok ada seorang pak cik bawak anak dia yang umur baru 12 tahun pegi jumpa 'judges' dalam program nyanyi,merayu sungguh-sungguh supaya anak dia boleh masuk.apa bodoh macam tu?tak ada maruah ka buat macam tu 'live' 1 malay tengok kau?nyanyi yang tak ada masa depan tu lagi penting dari pelajaran untuk anak dia.bangang punya 'minded'.Ada 1 lagi 'scene' dalam program nyanyi-nyanyi musim ke berapa aku tak ingat.tu pun sebab aku tebukak tv hari tu aku hairan kenapa makcik tu menangis sangat masa masuk tv.rupa-rupanya sharifah aini datang rumah dia buat 'suprise' untuk dia sebab dah lama mau jumpa sharifah aini dari kecik lagi.aku ingat lagi macik tu siap cakap,memang hajat dia sebelum mati mesti mau jumpa sharifah aini sekali.kira dah senang la hati dia lepas dapat jumpa
,konon-kononnya senang la dia mati.WTF?sampai sharifah aini pun geleng
kepala dengar dia cakap macam tu.aku taktau macik tu dah pegi haji ka belum.pelik betol hajat dia.orang hajat boleh mngucap kalimah shahadah sebelum mati supaya senang dalam kubur nanti dia mintak jumpa sharifah aini?kehkehkeh..



aku tak tau kenapa makin aku besar,makin naik umur,makin aku menyampah tengok
benda-benda macam ni.aku menyampah tengok budak-budak 'shuffle',budak-budak
'dressing' emo.aku mengaku aku tak pandai 'shuffle' lompat-lompat macam beruk tu.
tapi sikit pun aku tak ada rasa jeles.aku selesa denagn hidup aku sekarang.cuma yang aku pikir dari tadi sebenarnya,untuk jadi idola,aku di ajar oleh ustaz di sekolah dari kecil algi untuk paham idola yang betol-betol idola yang kau kena contohi ialah apa yang nabi s.a.w. praktik kan dalam hidup dia hari-hari,macam solat yang wajib dan sunat,buat amalan sunat,menutup aurat,selalu berjemaah di masjid,bangun malam buat solat tahajjud,rendah diri,hormat orang lain,bersederhana dalam tingkahlaku,perbuatan,percakapan,disenangi orang lain,banyak sangat kalau aku nak 'list'kan satu-satu.bagi aku itu adalah idola sebenar yang lagi patut kau ikut.ramai sudah ustaz yang aku jumpa sampai sekarang semua cakap
begitu.benda yang sama.ustaz aku yang ramai-ramai tu dulu pun belajar tempat lain-lain.tak kenal pun ustaz lain yang ajar aku.macam mana ustaz-ustaz tu semua boleh ada idola yang sama,orang yang sama.

Berperangai baik,tak ada sapa yang marah.lagi orang suka adalah.
cuba tengok kalau jadi jahat macam mana?ada orang suka?

tapi bila artis yang selalu bukak aurat,malam orang tido dia pegi kelab malam,rasa
-rasa layak ka jadi idola kau?kalau kau tetap mau buat artis jadi idola kau,aku mau
cakap 1 saja.KAU SAMA BODOH MACAM ARTIS YANG KAU MINAT TU.bodoh apa minat artis yang langsung tak kenal dengan kau?

p/s : kenapa blog aku dah takda option utk pilih bentuk2 huruf tu dan sudah edit pon masih ada space2x?sapa tau,tolg tolg aku boleh?