BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 05, 2011

Tribute to...

Dulu aku ada kawan.Nama dia nazrin.First time aku kenal budak ni masa tingkatan dua.Kalau tak silap masa tu aku pinjam dia punya pembaris.Lepas tu
aku jadi rapat dengan dia.Memang kamcing.Yang betol-betol kamcing.
memang satu kepala.Kau pernah ada kawan macam ni?yang betol-betol paham kau
jenis macama mana?sanggup tolong kau masa kau susah?dia tengok muka kau pun,dia dah boleh tau kau tengah susah,ada?ada?susah kau mau jumpa jenis yang macam ni.Ramai yang sekarang ni pun lagi sanggup tinggal member dari awek yang kau tak comfirm pun kau kahwin,.Bila kau susah dia lari,bila kau senang,dia datang tumpang.Banyak yang hari ni aku jumpa,semua sanggup tikam belakang member sendiri.Buruk kau kalau boleh dia mau bagi masuk dalam berita tv3 bagitau satu tanah melayu pasal kau.Lepas tu,depan kau,dia buat-buat baik.Buat-buat tolong kau.Macam sial.Tapi setakat ni kawan-kawan aku tak ada lagi yang jenis macam tu.Ada jugak la 2 3 orang.Tapi kepas aku kena tak lama dulu,aku dah malas mau rapat sangat.Tegur-tegur biasa ja.
Sebab kau mungkin ada ramai kawan,dari vietnam,kau kawan dengan bangla kontrak,kau baik dengan berader indon jual air gantung dekat cafe supaya dia bagi kau air nescafe ais extra,kau ada kawan pegi jamming,pegi mesjid,kawan budak tabligh,mungkin jugak kau kawan dengan anak pegawai bank islam supaya kau boleh tumpang dia naik kereta yang bapak dia bagi pakai pegi kelas masa hujan,kawan dengan berader kerja guard dekat kampus kau supaya kau senang keluar masuk lepas 12 malam,kawan dengan perokok tegar,budak dota,budak rambut tutup kening dengan mata yang perasaan korea,budak 4 flat supaya kau boleh copy assignment dia,ahh..banyak pulak kan.Tapi dalam ramai-ramai kawan kau tu,berapa ramai yang jenis sama yang aku macam cakap dekat atas tadi?berapa ramai?Ada?ka tak ada?Susah kan kau mau jumpa.Ada tu ada,bukan tak ada.Tapi tak ramai.Kira macam 'rare'.


Aku kawan dia sampai la kami sama-sama besar masuk unibersiti.Dia apply U yang sama dengan aku.Tapi dia tak dapat pasal kantoi spm bahasa inggeris.
Aku pun tak tau macam mana aku boleh dapat.Member aku ni budak pandai masa sekolah dulu.Best student.Selalu naik pentas tiap tahun.Bahagian kerja kira-kira ni,
add math,fizik,kimia,memang makanan dia la.Cuma 1 saja yang dia selalu sangkut,bahasa inggeris.Salah satu sebab aku berjaya dapat math A masa pmr dengan spm pasal dia yang ajar.Padahal dari sekolah rendah math memang bawak malang untuk rekod aku.haha.Sampai la sekarang.Dia down gak la.Aku suruh dia sambung stpm ja.Lepas tu,dia dapat masuk utem ambil engine.

Aku ingat lagi setiap kali masa cuti semester,aku,nazrin,dengan kawan aku raf memang selalu lepak-lepak malam-malam keluar.Aku ingat lagi.Malam sebelum buka sem baru.dia ada cakap mau beli motor.Dia mau angkat legend.Kepada sesiapa yang buta huruf,legend tu adalah motor buatan yamaha.Sebab rumah dia dengan kampus jauh.Dia dah segan balik-balik tumpang motor member dia.Last-last dia beli jugak 1.Punya semangat dia tunjuk motor dia dalam facebook.Balik-balik contact aku suruh tengok.balik-balik cerita pasal motor dia.Aku dengar saja la.Tak lama lepas tu,bulan puasa.last aku jumpa dia masa aku,dia ada event dekat PWTC.Ada majlis buka puasa dengan menteri sabah.Dia cerita lagi pasal motor dia.Lepas tu,dia ada cakap dia frust jugak tak dapat balik raya nanti pasal tiket mahal.Dia
beli tiket untuk raya haji.Sebab budak-budak sekolah aku yg belajar dekat semenanjung semua balik.Dia raya dekat kedah rumah kawan dia dengan budak sekolah aku yang tak balik.Izhar.


Lepas habis cuti raya,aku sambung balik semester macam biasa.Cuma 3 minggu sebelum hari tu,kawan aku ni,nazrin,balik-balik tegur aku dekat facebook setiap
kali aku online.Tapi aku tak pernah reply balik.Aku sendiri pun hairan.Jarang aku tak reply balik.Biasa aku memang akan reply pm dia.Lepas tu hari sabtu 2 oktober 2010 5.33pm,aku dapat mesej dari kawan aku dari sabah,rosyid.Tanya aku betol ka nazrin dah takda?aku marah la dengan dia.mau belawak pun agak-agak la sikit.Tapi aku rasa macam pelik jugak.Pasal kawan aku yang tanya ni,jarang jugak buat mau buat lawak-lawak,prank bodoh-bodoh ni.Dia tengah kerja masa tu,ada kawan
dia bagitau.Lepas tu,dia suruh aku bukak facebook.Aku bukak profile member aku tu,tengok dah ramai orang post al-fatihah,takziah.Aku dah rasa tak sedap hati.
Aku call nombor nazrin tu.Banyak kali,tapi takda orang angkat.Jarang sangat dia tak angkat kalau aku call.aku mesej tanya dia dekat mana pun,dia tak reply.Tapi aku
tetap tak percaya lagi masa tu.Aku call semua nombor member-member aku yang lain.Semua tengah busy.Last-last,sorang member aku call dari sarawak,cousin dengan nazrin.


Masa dia call,aku tanya dia satu benda ja,betol ka?dia cakap iya.Aku dah tak boleh becakap masa tu.Itu la pertama kali dalam hidup aku rasa dunia ni macam terberhenti sekejap.Masa tu aku teringat balik semua benda yang aku pernah buat dengan member aku tu.Ada dekat seminggu jugak la aku 'down'.Member aku eksiden masa dia tengah konvoi raya ramai-ramai naik motor pegi batu pahat kalau tak silap.Dia kena langgar dengan lori dekat traffic light.On the spot.Dia kena hantar pegi hospital mana tah.Aku tak sempat mau pegi tengok.Sebab lepas bagi mandi,sembahyang semua,UTEM terus hantar dia balik sabah.Ada lecture dia,dengan kawan sekolah dia masa form 6 yang iring jenazah tu.Berita pasal dia masuk harian metro.Tapi aku malas mau post dekat sini.Sedih jugak aku dengar cerita cousin dia
,pengsan mak arwah tu masa dia dapat tau.Dah la dalam family dia,macam dia sorang ja yang pandai.Harapan keluarga.Adik-adik dia yang lain tak berapa sama macam dia.
Ayah dia pun tak ada.Masa cuti sem hari tu,aku sampai rumah ja aku contact member aku yang lain ajak pegi ziarah kubur arwah tu.Raya tadi ni pun aku pegi lagi.
nasib kena tanam dekat daerah rumah aku jugak.kalau tempat lain,taktau la macam mana.

Aku memang ada ramai kawan.Tapi tak ramai yang betol-betol sama macam dia.dia lain sikit.Bukan pasal aku gay.Tak.Cuma pasal aku dah kenal dia lama.Apa-apa aku buat dekat dia,dia tak pernah marah pun.Aku selalu buat-buat takda duit masa makan dekat luar kalau lepak dengan member-member aku.Padahal aku ada ja.Saja aku buat camtu.Supaya dia bayar.Haha.Dia memang jenis tak pandai berkira.Dari duit,ilmu,nasihat agama-agama dia.Semua lah.dia jenis yang
kuat agama.Cuma dia tak lah dressing macam budak tabligh.dia still pakai jeans.converse.sama macam aku.Dia selalu nasihatkan aku suruh berubah.Sebab aku memang agak teruk.Haha.Setiap kali aku duduk dengan dia,mesti keluar nasihat-nasihat dia,hadis dia,semua la.Dia banyak tau pasal hukum-hukum agama tu.Tapi aku ketawa saja la.Haha.Aku suka orang alim macam dia.Dia tak pernah kisah pun
berkawan dengan orang macam aku.Tak macam orang alim yang lain.
Kalau jumpa orang-orang macam aku,kuat menyindir,lepas tu suka jeling tajam aku.Asal nampak aku lepak dengan budak-budak kos aku yang sama macam aku,terus tak mau campur,tak mau masuk bilik pun,selisih dekat tandas pun tak mau tegur.Senyum pun kadang-kadang.sombong nak mampuh.Berkawan dengan orang-orang dia ja.Macam mana kau mau berdakwah camtu?Orang buat zina masuk paper kau marah,tapi kau sendiri tak ada inisiatif mau bergaul dengan orang-orang macam tu.Bodoh piang!.Cuba kau baca majalah solusi isu no.24 page 3.Dia sama la macam editor tu cakap.Sori.Emo sikit.Haha.Sebab aku ada sorang kawan macam tu.Dah masuk cerita lain pulak.

Masuk hari ni 2 oktober 2011,dah setahun arwah tu tak ada.24 disember nanti hari jadi dia.Aku ingat sampai bila-bila pasal hari jadi dia sama dengan ibu aku,dengan sorang lagi kawan aku,kawan dia jugak.Satu saja aku mau cakap,aku takkan pernah lupa pasal kau bro.Kawan dengan kau antara benda yang paling best pernah terjadi dalam hidup aku.Aku tetap ingat kau sampai bila-bila.





p/s: Masa aku tengah tulis post ni,aku dalam bilik tengah bukak tingkap.Hujan turun dari pagi sampai petang.Hujan yang hari ni punya macam tau ja apa yang pernah jadi hari ni.

3 Pemberontak:

Timtim said...

oh bro.. aku rase sedih gila bace post ko ni.. sedih.. alfatihah aku sedekahkan utk kawan ko..semoga dia aman di sana..

Anonymous said...

gua:
tu la..sedih kn..kehkehkeh..
pandai jgk ko rs sedih rupanya..kehkehkeh..

WanKooL said...

sedih ak dga citer ko ni brader enchek..takziah bro..respek bro..respek