BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 07, 2011

"Awake yourself"



Semakin kau membesar,sudah dewasa,kau akan belajar pelan-pelan secara tidak
langsung macam mana mau 'deal' dengan hidup kau.Setiap masalah yang ada dalam hidup,
akan buat kau belajar.Setiap masalah tu akan buat kau jadi matang.Sebab sebenarnya
setiap masalah tu ada 'solution'nya.Mesti ada.Kalau tak boleh guna cara ini,mungkin
ada cara lain.Tinggal lagi diri kau sendiri yang mau atau tidak,malas atau rajin mau 'settle' masalah kau.Cakap saja masalah apa yang tak ada 'solution'?
Masalah kau malas pegi kelas,kurang berkeyakinan di hadapan awek?
masalah kau bodoh,lambat pick-up dalam kelas?kau suka sama jantina?
kau minat betul sama adam AF,tapi malu mau cakap?(WTF?!),kau suka
awek kawan kau tapi cinta tak di layan?duit elaun kau tak cukup?
tak sampai hujung semester kau sudah nazak?ada lagi?Semua mesti ada 'solution'.
Tak ada yang tak ada.Tapi kalau masalah tu sendiri yang
memang tak boleh di'settle',maknanya,salah diri kau sendiri.Bukan salah orang lain.

Dalam hidup ni,kau tak perlu jadi orang lain.Tak perlu tiru apa orang lain buat.
Jadi diri sendiri,lebih baik.Kenapa kau mau ikut orang lain kalau diri kau
sendiri tak mampu?OK.Aku ada seorang kawan yang hidup,famili dia biasa-biasa saja.
Tapi aku perasan dia suka ikut cara hidup kawan-kawan dia.Kalau kawan dia pakai
kasut futsal mahal-mahal,dia pun mesti mau ada.Kawan-kawan beli motor,dia pun mau.
Kawan-kawan upgred PC,dia pun mau.Last-last,baru tengah semester,baru cari orang
pinjam sini-sana.Nanti kalau kawan-kawan 'happy' jalan sini-sana,kau duduk dalam
bilik sorang-sorang tengok dinding tenung nasib.kenapa kalau
pakai kasut murah-murah,tak boleh main futsal ka?rasa ketinggalan ka kalau pakai
PC tak power?tak boleh buat 'assignment'?'lecturer' kau tak mau terima?

Aku ada sorang kawan yang hidup dia memang rilek.Sederhana.Tak pernah kisah sangatpun kalau ada orang lebih dari dia.Apa orang cakap pasal dia pun,dia akan ketawa,senyum saja.Kalau tengok muka dia pun,memang nampak dia happy dengan hidup dia.Dia biasa-biasa saja.Kawan-kawan tukar moto sedap,dia masih 'steady' dengan
ex5 dia.Dia akan pakai apa yang dia ada saja.Kalau dia rasa ada benda dia betul-
betul perlu,baru dia cari.Aku pernah tanya dia kenapa dia tak mau tukar motor lain.
sebab aku tau dia boleh tukar kalau dia mau.Tapi dia cakap dia selesa pakai ex5.
Selesa dengan cara hidup dia sekarang.Bila kau selalu tengok orang yang lagi
rendah dari kau,kau akan rasa macam begitu.Rasa bersyukur.Sekurang-
kurangnya kau ada apa yang orang lain tak ada.Kalau kau suka tengok orang atas
kau yang buat kau selalu mau ada jugak apa orang lain ada.Last-last,kau
jugak yang susah nanti.Kalau kau mampu,tak apa.Kalau tak?

Aku ada sorang lagi kawan.Mak bapak dia professor di sebuah universiti.Orang kaya.Betol-betol kaya.Tapi masih jalan kaki ke kelas hari-hari walaupun panas,hujan.Dan masih ambil upah tangkap gambar orang untuk cari duit.Amacam?kau tak malu?

Kadang-kadang kalau kau pikir-pikir balik,untung jugak ada orang-orang jenis begini dalam hidup kau.Sebab dari situ kau boleh tengok dan 'compare'kan diri,hidup kau macam mana,boleh ambil pengajaran,belajar dari kesilapan,masalah orang lain dan 'settle'kan masalah-masalah kau dengan cara yg kau tengok pada masalah orang lain,yang kau boleh 'settle' masalah itu kalau kau ada dalam situasi orang tu.Paham?tak paham?Haha.bagi aku,kau adalah orang yang betol-betol beruntung,kalau kau berada di "tengah-tengah" dalam ramai-ramai orang.Paham?
Kira kau macam "pemerhati"."See and learn".Sebab tu,aku suka belajar,duduk
jauh-jauh dari rumah,pegi tempat orang,supaya aku boleh belajar benda-benda begini.sebab bukan semua benda kau boleh belajar dalam kelas.Sama la macam orang yang ceramah,kaunseling pasal teori-teori,praktikal pasal kehidupan yang nampak macam senang,padahal dalam realiti susah sebenarnya kau mau aplikasikan dalam hidup.


Sekali lagi,dalam hidup,kau kena jadi diri sendiri.Tak perlu mau cemburu dengan
apa yang orang lain ada.Enjoy saja dengan apa yang kau ada sekarang.Tuhan memang sudah tau apa yang dia bagi sama kau sekarang adalah yang terbaik.Jadi,percaya saja lah dengan dia.Kenapa mau takut?kenapa mesti mau rasa kurang dari orang lain?Mana tau kalau tuhan bagi kau jadi kaya,nanti kau jadi macam Firaun?mustafa kamal artartuk?macam mana?siapa tau kan.kehkehkeh.

Aku sebenarnya tak tau mau tamatkan post ni dan mau tulis macam mana.Haha.Aku sendiri baca nampak macam pelik.Tergantungkan?Ada banyak benda dalam kepala aku,aku mau tulis,tapi tak tau macam mana mau tulis.Tapi kalau merepek,banyak pulak idea aku.Haha.


Kahkahkah.

0 Pemberontak: