BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 03, 2012

Anjing

Kalau aku balik rumah cuti semester,aku suka tengok 1
cerita channel 550 ka yang pasal ada 1 lelaki yang pandai
'control' anjing-anjing yang ganas bagi jadi jinak.
aku tak berapa ingat tajuk cerita tu.Oleh kerana aku selalu
betol tengok jadi aku ada hafal sikit-sikit teknik-teknik
macam mana mau 'control' anjing supaya jadi anjing yang baik.

Jiran aku seorang wanita cina memliki beberapa ekor anjing
yang memang 'rare',keturunan yang bagus,dengan harga
yang mahal.Beliau juga ada memiliki dan mengusahakan kedai
haiwan sendiri.Anjing-anjing tu di jaga rapi,kasi mandi hari-hari,
dan yang paling celaka,anjing tu ada bilik sendiri yang ada
'air-con'.bilik aku pun masih lagi pakai kipas bilah tiga.

Kerana menyangka ilmu pasal 'control' anjing
aku sudah cukup,jadi konon-kononnya aku mau 'try' guna ilmu
baru aku ni dengan anjing tersebut.Aku pun keluar pergi tepi
rumah berdiri tegak macam orang dalam cerita tu buat.Anjing
tu pun datang dekat-dekat dan terus 'start' menyalak.Macam-macam
teknik aku try,tapi anjing tu tetap tak stop menyalak aku sampai
la jiran aku tu jerit sekali saja dari dalam rumah suruh anjing dia
diam,terus anjing dia diam.celaka betol.






Nama beliau bobby.dia ok.sopan.Jumpa aku pun selalu
bagi salam,senyum.Jarang dapat jumpa anjing begini.Ada
1 ekor lagi kaler putih bulu lebih kurang macam bobby
nama dia poppy.Lupa pulak aku ambil gambar dia.poppy la
yang suka betol nyalak aku.7 tahun aku berjiran dengan
dia 'still' dia macam tak kenal aku.Setiap kali nampak aku
balik rumah,mesti dia menyalak macam nampak pencuri.
Orang lain tak pulak.Pernah sekali aku cuci kereta awal
pagi,tiba-tiba dia datang menyalak kuat-kuat betol-betol
belakang aku.Lama jugak aku mencarut pagi tu.Ada mau
setengah jam jugak la.Nasib baik aku ada hormat lagi dengan
binatang.Kalau adik aku jahat sikit.Kalau dia dapat 'supplier'
bawak balik mercun dari sekolah,memang anjing tu tak ada 'luck' lah.
Selagi tak habis mercun tu,selagi tu la anjing tu tak
berenti menyalak.aku suka betol tengok bila anjing tu tengah
lepak-lepak depan rumah duduk relek-relek,tiba-tiba jadi
kelam kabut terkejut habis muka macam budak tingkatan 1
kantoi tengok 'blue' dengan kakak dia takut kakak
dia repot kasitau bapak dia.Hahahah.
The best day of my life.

Haha.

0 Pemberontak: