22 feb 2011
Hari ni ada pilihan raya style student-student dalam unibersiti gua.Kira sama juga macam pilihan raya negara punya.Ada jugak dia punya "umno",,"pas",semua lah.Tak ada apa sangat yang menarik berapa hari ni.Sama saja-saja macam semester-semester yang lepas.Budak-budak yang mengundi dengan supporters semua sibuk kalah menteri ke sana sini mau pancing undi.Manifesto pun kebanyakannya banyak yang mengarut.Gua memang malas sikit mau campur hal-hal mengarut begini ni.Tak pernah pegi mengundi pun.Bukan apa.
Kalau hal sekecil parking tak cukup untuk student sama itu bus service yang perempuan saja boleh naik yang padahal semua student bayar setiap semester itu pun tak boleh settle,jangan mimpi la gua mau datang undi.Kadang-kadang ada jugak yang gua tengok buat manifesto sampai 5 6 biji.Tapi mungkin yang jadi pun,1 saja.Kalau dapat buat 2 pun kira dah boleh syukur alhamdulillah la tu.Yang 1 tu pun,kalau boleh jadi pun,jenis yang sekejap jadi sekejap tak.Kalau ikut gua baik jangan berangan letak 4 5 6,kalau satu pun tak berapa jadi kan?Gua perasan satu orang saja yang pasang 2.Tapi awek la.Budak kos gua.First time gua tengok sepanjang bekerja sebagai mahasiswa ni.
Tempat gua ni asprasi memang sakit sikit kalau mau naik.Biasa memang pro-m yang pegang.Gua tak nampak apa rasionalnya budak-budak ni angkut pro-m sebenarnya.Fasiliti macam tu jugak.Bukan tak ada perubahan.Ada tu ada.Tapi susah.Entah.Gua susah mau cerita macam mana.Gua dengar cerita pro-m ni lebih macam PAS.Jenis yang susah kautim dengan kerajaan.Kalau sini,kira unibersiti gua la.Banyak yang dorang try buat,banyak tak jadi.Tak tau kenapa.Pandangan gua la,kalau salah jangan marah ok.
Budak-budak sini pemikiran dia sempit sama macam dekat satu tempat dekat sabah.Kalabakan.Lu orang google sendiri.Gua ni pemalas.Sejak berpuluh tahun dulu,orang sana tetap angkut UMNO,walaupun orang sana tahu,kemajuan bukan ada sangat pun.Eletrik tak ada,air tak ada,jalan tak payah cakap lah.Memang celaka!silap-silap gajah mau lalu pun,dia rasa geli.Boleh tumbuh ketumbit kaki dia.Gua memang tak paham.Yb akan berterusan kaya unutk setiap 5 tahun akan datang sampai dia mati.Lu orang dapat apa?taik?
Tapi tak boleh marah dorang jugak.kebanyakan orang area sana,jenis sekolah tak tinggi.Jenis yang Yb hulur rm 50 masa pancing undi,senang-senang cair.Hantar beras,gula.Terus ok.Gua undi lu.Efek dia,lu tengok sendiri la.Tahun lepas baru karan ada.Lepas 50 tahun?WTFish.Air pun harap sungai,hujan turun baru ada.Itu pun nasib FElda ada hati mau bagi bangun sikit tempat tu tanam sawit.Ada la jugak orang pandang tempat tu.Kalau tak?gua ingat lagi sepuluh tahun mungkin baru letrik masuk.Itu kalau ada luck.Kalau takda?
Kadang-kadang ada jugak gua pikir mau cakap dengan mak cik-makik dekat kampung sana.Undi la orang lain.Jadi bila UMNO nampak orang dah mula tak terima dorang,baru la kelam-kabut sikit.Baru la boleh tengok orang UMNO buat kerja betul-betul.Baru ada pembangunan.Tak banyak pun tak apa.Pelan-pelan.
Mungkin tak sama la macam cerita unibersiti gua.kenapa orang still mau undi pro-m.Apa?lu orang mau tunjuk 'budak-budak agama' ni boleh buat perubahan?Supaya takda lagi kes curi motor time sembahyang jumaat?supaya boleh elak couple-couple ni?kepala otak lu!Itu memang la betul.Tapi lu orang kena tengok jugak siapa orang di atas.Lu orang ingat semua orang atas-atas ni semua benci kerajaan ke berader?jenis tak suka duit?
Cuba la sekali try bagi naik aspirasi.Kita tengok apa jadi.Mana tau ada perubahan.Sikit.Fahaman politik lu orang tolak tepi la dulu.Aspirasi,aspirasi la.Pro-m,pro-m la.Kita duduk satu tempat berader.Apa yang kita dapat nanti jaga la sama-sama.Berapa tahun pro-m pegang pun.Tak ada apa sangat pun yang berubah.Tak tau la kalau ada yang gua tak perasan.Tapi memang betul tak ada.Gua tetap jalan kaki pegi kelas.Tetap kena panas,tetap kena hujan.Apa yang mau bangga sangat kalau siapa-siapa pun yang naik?tak kisah la pro-m ka,anspirasi ka..kenapa mau bergaduh-gaduh?turun ke harga minyak ron 95 kalau siapa-siapa pun yang menang?Dorang boleh belikan aku 125 z ke bawak pegi kelas kalau menang?kenapa mengada-ngada?mau penampar?bodoh la!
Mungkin penerangan gua tak berapa cantik.Tapi kalau siapa yang dapat tangkap apa gua try mau cakap.Lu memang power.Kalau tak,tak apa la.Cuma satu benda saja gua mau ulang.Kalau hal bas yang kecik tu pun tak boleh setel.Baik pegi balik tidur.Tak payah penat-penat pegi bilik gua ketuk-ketuk.Memang gua tidur tak layan buat pekak.Celaka.
Johnny Ngo's 2002 Toyota Celica GT-S
2 years ago

0 Pemberontak:
Post a Comment